Friday, 9 January 2015

Novel bersiri

Episod 15
gadis penjual

"Kau tak boleh nak halang aku farhan...aku dan kau cuma kisah dulu saja..kau ingat aku boleh menerima semua ini senang2 begitu saja...2 tahun han...aku meratapi kau...kau hilang begitu saja..tiba2 kau muncul dan sudah beristeri lepas tu kau mengaku kau suami aku..macam mana aku nak terima semua ni.."akie cuba meninggalkan farhan

"Akie..apapun akie msih isteri abang..mungkin abang sudah berkahwin dengan perempuan lain sepanjang abang hilang ingatan tapi bila ingatan abang pulih abang hanya fikirkan tentang akie saja..abang sudah putuskan untuk menceraikan fiza..hubungan kami semasa abang hilang ingatan saja..abang tak cintakan dia akie.."jelas farhan

"Senang abang cakap..walaupun abang tak cinta fiza tapi dia tetap isteri abang yang sah..walaupun abang mengahwini fiza semasa abang hilang ingatan.."akie menegaskan kenyataannya..

"Akie...beri abang masa untuk menyelesaikan semuanya.."

"Akie yang perlukan masa..akie mahu bersendirian...akie tak mahu hidup begini tiba2..akie nak keluar"sambil menuju ke pintu

"Tunggu dulu akie...kalau akie mahu keluar izinkan abang bersama akie"

"Akie mahu bersendirian...akie perlukan masa..tolong fahami akie.."

"Ok..sekurang2nya bagitahu abang akie mahu pergi mana?"

"Akie mahu keluar negara..akie perlukan masa.."jelas akie..

Akie mendekati farhan..dan memegang tangan farhan..kemudian mencium tangan farhan..

"Maafkan akie bang..akie harap abang menyelesaikan segalanya bila akie sampai di sini.."

Farhan hanya mengangguk..
farhan memliki wajah seperti mat saleh..sebelum ini farhan agak sosial..sering ke kelab malam bersama rakan2 nya..perempuan bertukar ganti..tetapi setelah mengenali akie farhan telah banyak berubah..sehinggalah dia di jodohkan oleh ibu dan bapanya dengan akie tanpa disedari..

Farhan yang dulu banyak berubah..sebab tu ibu bapa farhan menjodohkan farhan dengan akie tanpa pengetahuan farhan dan akie..ibu bapa farhan adalah Trn.Sri..juga merupakan sahabat ayah akie..Trn Sri banyak membantu ayah akie dalam perniagaannya..sebab itu ayah akie sangat menyayangi farhan..

Akhirnya Farhan membiarkan akie pergi bercuti..Farhan bercadang untuk menyelesaikan urusannya dengan Fiza dan ahli keluarganya sebelum dia berangkat balik ke rumah ibu bapanya di Kuala Lumpur..

Farhan menuju ke rumah isterinya Fiza dan keluarganya..

"assalammualaikum"farhan masuk

"waalaikumsalam..abg dah pulang.."sambil berlari dan mendakap farhan

Namun Farhan melepaskan pelukkan isterinya Fiza..

"ya,abang pulang.tapi abang pulang untuk menyelesaikan antara kita"farhan memberi penjelasan

Wajah ceria Fiza yang gembira berubah apabila mendengar kata2 farhan.

"Ap..Apa abang cakap ni..za tak faham"fiza tergagap

"abang mahu kita berpisah.."farhan meneruskan niatnya.

"Apa..!!!"fiza terkejut

"Sebelum ini abang memang sudah pernah berkahwin..perempuan yang abang jumpa hari tu di hospital adalah isteri abang..abang masih ingat wajahnya bila abang sedar dari koma"

"perempuan yang langgar abang? itu isteri abang..perempuan yang buat abang merana selama ini perempuan yang hampir membuat abang mati perempuan yang buat keluarga kita beretakkan abang anggap dia isteri..Za tahu bang Za bukanlah secantik Akie tu tapi Za sayangkan abang sepenuh hati Za..Za menerima abang walau bagaimanapun abang..perempuan itu sudah hasut fikiran abang kan.."jawab fiza sambil menangis teresak esak..

"Za..! apa yang Za fikir itu bukan seperti itu..Akie gadis yang baik..Abang mengenali dia dengan baik..Akie bukan seperti apa yang abang fikirkan..Sehingga sekarang Akie masih tak dapat menerima kenyataan yang suaminya dulu yang dianggap sudah lama meninggal dunia tiba-tiba saja berada di depan matanya..tapi abang tak pernah salahkan dia kerana dia tahu siapa abang dulu..

"Ab.."

Belum sempat Fiza membalas kata-kata farhan ibu Fiza turun dari atas..

"Han..bila Han balik? Ibu bapa Han mana?"

"Mak..Han dah pulih..Han dah ingat semuanya.Han datang sebab nak menyelesaikan masalah dengan Fiza..Han mahu berpisah dengan Fiza..Ibubapa Han sebenar bukannya mereka mak..Orang tua Han yang sebenar tinggal di Kuala Lumpur..tapi saya takkan biarkan mereka begitu saja..Han akan tanggung mereka dan Han akan balas semua kerana telah menyelamatkan Han dulu.."

Dengan tenang Mak Fiza berkata
"Baiklah Han..kalau itu kehendak Han Mak tak dapat paksa Han..Habis tu sebelum ni Han pernah kahwinlah?"

"Ya mak..perempuan yang langgar Han hari tu adalah isteri Han sebenarnya..Maafkan Han mak sebab sia-siakan Fiza"Farhan menjawab

"Han..ajal maut di tangan tuhan Han..kita ni manusia biasa tak mampu buat apa-apa..melainkan hanya merancang..kalau setakat ini saja jodoh Han dengan Fiza Mak redha.."

"Terima Kasih Mak..Han akan menguruskan segalanya sebelum Akie balik dari bercuti..Han akan beri nafkah Iddah pada Fiza.."

"Jadi isteri kamu sekarang tiada dengan kamu?"

"Akie pergi bercuti..dia masih belum dapat menerima dengan tiba-tiba..Han mahu akie bertenang dulu..Han tak kisah..sebab ini semua bukannya salahnya"

"Mak minta maaf Han..kalau mak tahu begini Mak takkan kahwinkan Han dengan Fiza."

Farhan mendekati mentuanya..

"Mak..ini bukan salah mak..semua ni tuhan sudah tentukan..Han tetap akan datang sini untuk jenguk Mak"

"Abang..abang ingat semudah itu saja abang lepaskan Za..selepas abang dapatkan segala galanya abang lepaskan Za begitu saja..Za takkan biarkan.
Fiza menyampuk

"Za..tak boleh macam tu nak..kita kena terima semua ni"ujar Mak fiza Mak Eton

Tanpa mempedulikan Maknya Fiza berlari berlalu dari situ..Farhan meminta diri..Farhan menuju ke rumah ibubapa angkatnya yang menyelamatkannya.

"assalammualaikum umi abah"

"waalaikumsalam..eh Han.." mak angkatnya menyambutnya

"umi dan abah apa khabar?"farhan bertanya

"alhamdulillah Han.umi sihat..abah yang tak sihat sangat.."jawab Puan Salasia

"Abah sakit apa umi?"

"Abah asyik batuk-batuk saja Han..mungkin cuaca sejuk sekarang ni yang buat abah batuk-batuk.."

"kalau macam tu kita bawah abah pergi klinik..nanti melarat pulak sakitnya"

"Han..abah tu bukannya suka pergi klinik..kalau suruh orang pergi klinik bukan alang-alang.."

"Umi..sebenarnya Han datang..."belum sempat meneruskan ceritanya Abah Farhan sampai dari surau.

"Ai Han..bila sampai? isteri kamu mana? kamu dah sihat ke?"En.Salleh bertanya

"Ni yang Han balik ni nak cerita hal sebenar..umi pernah cakap kan abah dan umi pernah kata abah dan umi terjumpa Han di tebing sungai..abah dan umi yang selamatkan Han.."

"kenapa Han?"ujar Pn.Salasia

"Han dah pulih ingatan Umi Abah..sebenarnya sebelum ni Han pernah kahwin..dan isteri Han adalah perempuan yang langgar Han hari tu"

"Apa? habis tu perempuan tu mana? kenapa tak sama-sama dengan Han?"tambah Pn.Salasia

"Akielah namanya Umi..dia terkejut dan masih tak boleh menerima kenyataan bila dia tahu Han masi hidup..Han datang ni nak bagitahu umi dan abah yang Han dengan Za akan berpisah..memandangkan Han dah pulih dari ingatan dan Han hanya menyayangi Akie saja..Han tak mahu jadi dayus..Han tak menyayangi Za..sebab tu Han kena berpisah dengan Za."Farhan menjelaskan

"habis tu Za macam mana?"Pn.Salasia sekali lagi bertanya..

"Han rasa dia tak setuju umi..Za marah bila tahu Han mahu berpisah dengannya.."ujar Farhan

"Memang patut pun dia marah"En.Salleh bersuara

"Za sudah banyak berkorban dengan Han..mana mungkin Za akan lepaskan Han begitu saja..setelah sekian lama bersama dengan Han bila Han pulih ingatan terus Han lepaskan Za..ingat semudah itu saja..Za tu sudah menjadi isteri Han bukan kekasih..Za tu sayang sangat dengan Han."
jelas Abah Farhan

"Tapi ayah..cinta tak boleh di paksa..selama ni Han takda perasaan pada Za pun..Han hanya ikut cakap Abah sebab nak balas budi abah dengan umi..Han tak cintakan Za abah.."Farhan memberi penjelasan..

"kalau Han tetap dengan keputusan Han pergi dari sini dan jangan datang lagi..abah takkan anggap Han anak kami lagi"abah Farhan bertegas

sambil membelakangi Farhan

"Abah..."ujar Pn Salasia umi Farhan

"kalau abah cakap macam tu Han terima Abah..tapi Han dengan keputusan Han..Han sayangkan isteri Han..Han tak mahu kehilangannya lagi..cuma dia saja yang Han sayang"jelas Johan sambil tunduk.

"Han takkan lupa jasa baik Abah dan Umi kerana menyelamatkan Han..kalau bukan sebab Abah dan Umi mungkin Han takkan hidup..Han akan balas jasa abah dan umi..Han takkan lupakan abah dan umi..Han minta diri dulu.."sambil menyalam dan mencium tangan umi dan abahnya..

Farhan berlalu..tibanya di bandar menyelesaikan segala urusannya..sungguh Farhan melakukannya sehingga terlupa akan Akie yang telah lama pergi tapi masih belum ada khabar berita.

"dah jam12 malam tapi masih belum ada khabar dari akie..mana akie ni"Farhan teringat

Sambil menikmati makanannya dia di sapa oleh seseorang...

bersambung


Novel bersiri

Episod 14
gadis penjual

"Akie..."sambil menangis teresak esak...

Johan pergi meninggalkan akie..hatinya merasa teramat kecewa bila tahu akie sudah berkahwin dan tak pernah menceritakan padanya selama ini..johan secara tidak sengaja menaruh hati kembali apabila akie tinggal di daerah yang sama..rupanya sia2 saja...johan teramat sedih..

Setelah sejam berlalu akhirnya johan berhenti di jalan..airmatanya kini kering..

"Akie..kenapa tipu abang? Kenapa biarkan abg menaruh harapan yang tinggi pada akie..abg sayang akie...akie perempuan pertama membuka hati abg..tak sangka ini kali kedua akie kecewakan abg.."johan mula meluahkan sendirian..

"Kali ini abg akan tinggalkan akie..sekarang dah ada orang jaga akie..abg rasa lega walaupun abg rasa sakit..sekurang2nya akie kini tidak bergantung pada abg lagi.."sambung johan...

Johan memandu ke arah airport..johan akan berlepas ke luar negara..johan menghubungi mak nya p.ariani..

"Apa!! Korea..? Johan dah gila kah apa? Zu sini tunggu johan tau"pn.ariani terkejut dengan tindakan johan..

"Johan tahu mak..johan tetap akan balik..johan akan mengahwini dengan pilihan mak tapi beri johan masa..benarkan johan bersendirian buat sementara waktu sahaja..dan tolong jangan ganggu johan..bila johan balik johan akan mengahwini zulaikha.."johan memberi penjelasan pada maknya..

"Apa abg johan ke luar negara? Tapi bukan kah abg johan sudah janji akan temankan saya petang ni?"zulaikha terperanjat.

"Zu..johan kata kalau dia pulang dia akan terus mengahwini zu tau..tak pa lah takkan lari gunung yang di kejar.."mak johan memberi penjelasan pada zulaikha...

"Kalau macam tu baik lah.."zu kembali tersenyum.

"Baiklah anty..nampaknya zu kena buat persiapan dah kan.."zu gembira mendengar bila johan mengambil keputusan untuk mengahwinaninya..

Johan duduk di ruang menunggu pelepasan..johan teringat kembali saat2 dia bersama dengan akie..tiba2 saja johan terbayang wajah farhan..

"Rupanya hari tu aku memang tak salah dengar..akie sebelum ni memang sudah berkahwin..tapi akie tak pernah ceritakan dengan aku"
bercakap dalam hati..

Johan hanya menarik nafas panjang..sudah sampai masanya johan akan berangkat..johan masih berfikir akan tindakannya..

Akhirnya johan mengambil keputusan untuk bercuti seperti yang pernah di rancangnya dulu bersama akie..johan sendiri tak menyangka dia tidak dapat mendekati akie secepat itu..

"Aku kena lepaskan akie..dan aku harus terima semua ini...semoga bahahia akie.."

Bersambung

Thursday, 8 January 2015

Novel bersiri

Episod 13
Gadis penjual

Johan termenung...dia mengimbas kembali kata2 akie padanya petang tadi..

"Macam mana akie boleh tahu aku sudah bertunang? Siapa yang beritahu akie? "Johan bercakap sendirian

"Mak yang bagitahu...!!"mak johan bersuara dari atas...

Johan mendonggak kepalanya di atas...lalu johan berdiri...

"Mak...? Tapi kenapa mak? Mak tahu juga bukan...johan tetap akan mengahwini zulaikha...saya takkan lari ke mana mana mak..."jelas johan kepada maknya puan ariani

"Mak cuma mahu johan tak buang masa lagi dengan akie..mak mahu johan tumpukan perhatian pada zulaikha bukan akie..mak telefon mak su kamu malam semalam.."

"Mak beritahu mak su dengan pak su? Ya allah mak...kenapa mak buat semua ni dengan johan..johan sudah turuti semua kemahuan mak..johan sanggup bertunang dengan perempuan yang johan tak kenal langsung yang tak cinta..tapi mak masih tak faham hati johan..johan sayang akie mak...johan mungkin tak dapat mengahwini akie sekurang kurangnya biarkanlah johan menjaga akie mak....akie tu masih mentah mak...akie masih lemah..lagipun bukankah kita sudah buat perjanjian...mak dah lupa kah mak"johan menjelaskan sambil airmatanya mengalir..

"Oh..sekarang sudah pandai melawan mak..semenjak johan dengan akie johan sudah pandai tidak dengar kata mak...perempuan macam tu johan nak jadikan isteri?puan ariani cuba mencari kesalahan johan.

"Apa ni mak..!!! Johan sudah bertunang dengan perempuan yang mak mahu dan johan sudah cakap johan akan kahwin perempuan pilihan mak...full stop!!!"jerit johan kepada puan ariani..

Puan ariani terkejut bila johan menjerit kepadanya..
Johan kemudian masuk ke dalam biliknya...dan akhirnya johan menjatuhkan air matanya yang selama ini dia simpan...

"Akie...maafkan abg..abg tak dapat tunggu akie lagi..abg sayangkan akie...sampai mati pun abg tetap sayangkan akie.."johan bercakap sendirian sambil menangis teresak esak....

Zulaikha mendengar dari luar bilik johan..zulaikha tidur di rumah johan sempena ulang tahun pertunangan mereka dan zulaikha cuba untuk beri kejutan pada johan..zulaikha anak tunggal kepada Dato Hisyam..zulaikha bercuti dari pengajiannya hanya untuk menyambut ulang tahun pertunangan mereka...tapi kali ini zulaikha terkejut apabila dia tahu tunang kesayangan nya itu menyayangi orang lain..zulaikha merasa terkejut akan kata2 johan...

Tiba2 pintu bilik johan terbuka..zulaikha terkejut dan tak sempat bersembunyi apabila johan tepat di depan matanya..

"Zu..? Bila zu balik? Apa yang zu buat di sini..?"johan menyapu airmatanya..

"Pagi tadi zu sampai...zu bercuti.."jelas zu yang berpura pura tiada apa yang di dengarnya..

"Tadi..."johan tak dapat meneruskan kata2nya..

"Ya bang..dari tadi lagi zu tunggu abg pulang...zu dah sediakan restoran..tapi abg lewat so zu cancel kan semua tu lah.."jelas zulaikha

"Abg minta maaf zu..abg tak tahu zu ajak abg makan"
Johan cuba memujuk zulaikha

"Takpa bang...salah zu juga sebab tak beritahu abg awal2..sebab ingat nak suprise kan abg.."jelasnya sambil tersenyum..

"Abg minta maaf zu...besok kita makan sama2"johan memujuk..

"Aku harap zu dengar kata2 abg tadi"johan berkata dalam hatinya..

"Zu akan cari siapa akie..."zulaikha berkata dalam hati..

Mereka berbual sehinggalah subuh...dan masuk ke bilik masing2...johan bergegas keluar.

"Johan...sarapan dulu..!!"jerit mak johan kepada johan..

Namun johan tidak mempedulikan kata2 maknya...johan bergegas ke semua ofis akie..tapi  staff nya memberitahu akie bercuti..

Johan tidak berani lagi ke rumah akie..apabila dia tahu ibu ayah akie tahu tentang pertunangannya...johan merasa sedih..dia mahu berjumpa dengan akie..

"Akie...akie di mana sekarang?"sambil cuba untuk menghubungi akie..

Namun semuanya sia2..akie tak menjawab panggilannya dan mereply semua mesejnya..

Johan melihat ayah dan ibu akie keluar...johan bergegas ke rumah akie..kemudian masuk ke dalam rumah akie...

"Ak.."terhenti johan memanggil akie apabila melihat seorang lelaki berdiri di pintu dapur rumah akie..

"Farhan?"johan merasa terkejut melihat farhan di rumah akie..

"Apa yang kau cuba buat di sini? Macam mana kau boleh berada di sini?"johan bertanya kepada farhan.

Belum pun sempat farhan menjelaskan akie turun..

"Abg johan.."akie berada tepat di antara johan dan azam

"Abg johan...akie.."akie mula menjelaskan pada johan namun farhan menarik tangan akie..

"Aku suami akie...dan aku masih suami akie yang sah.."jelas farhan..

"Suami? Setahu aku akie tak pernah kahwin..mustahil dia isteri kau..isteri kau bukan akie.."jerit johan

"Abg johan..."akie tidak mampu bersuara.

"Johan..akie isteri aku..kami bernikah 3 tahun yang lalu..kami terpisah disebabkan aku kemalangan..dan aku tidak di temui..keluarga fiza yang menjumpai aku..mereka selamatkan aku..sekian lama 6 bulan koma aku tersedar..tapi aku hilang ingatan.."perjelas farhan kepada johan...

Akie hanya terduduk menangis teresak esak..

"Akie...cakap ini semua tipu...semua ini cuma muslihat farhan..."akhirnya airmata johan menitis..

"Ini bukan muslihat johan...ini kenyataannya.."farhan menegaskan lagi..

"Akie..jawab akie...JAWAB!!!!"
johan menggoncangkan tubuh akie..

"Abg..."hanya itu saja akie mampu kata..akie tunduk sambil menangis...

Akie memeluk johan..tapi farhan meleraikan mereka..

Johan berlalu sambil menangis...akie cuba untuk menghalang johan tapi farhan menahannya..

Bersambung

Sunday, 4 January 2015

Novel bersiri

Episod 12
Gadis penjual

"Kenapa gambar tadi ada disini?"akie bercakap sendirian dalam biliknya..

"Ayah yang suruh orang ayah ikut kamu"ayah akie masuk dalam bilik dan terus menjawab..

"Ayah?"akie terperanjat
"Tapi kenapa ayah?"sambung akie lagi..

"Ini bukan soal kenapa..tapi kenapa akie tak beritahu kami tentang farhan...farhan di hospital akie duduk di rumah dengan jantan lain..!!!!"amuk ayah akie...

Tak lama kemudian ibu akie muncul dari biliknya...

"Apa bising2 ni..?"ibu akie bertanya

"Ayah...ayah salah faham..buk.."akie cuba untuk menjelaskan tapi belum sempat sambung kata2nya ayahnya..

"Apa yang salah faham..? Semuanya sudah terbukti.."ayah akie menyambung...

Tiba2 farhan pun muncul...akie terkejut apabila farhan berada di depan matanya...

"Farhan.?"gerak bibir akie menyebut nama farhan..
"Ayah macam mana..."akie cuba bertanya tapi tak dapat menyambung kata2nya..

"Ayah yang jemput farhan...farhan hilang ingatan akie senang2 tinggalkan farhan di hospital sendiri.."ayah akie menyambung..

Ibu akie bergerak ke arah akie...ibu akie memeluk akie...
Airmata akie mula mengalir..

"Ayah...ini semua salah faham...ini bukan farhan akie..dia ada isteri ayah."akie cuba memberi penjelasan..

"Memang dia sudah beristeri...isterinya akie"ayah akie menegaskan..

"Tapi ayah farhan..."

"Ayah..tak apa...akie sekarang tengah binggung..beri dia masa...han akan bantu akie"farhan bersuara..

Akie hanya melihat farhan tanpa bersuara...

"Baiklah han...kami masuk tidur dulu"ibu akie bersuara..

Akie benar2 terkejut..akie di tinggalkan oleh ayah dan ibunya dengan farhan..

"Tapi ibu...."

Ibu dan ayah akie tidak mempedulikan akie...kini hanya akie dan farhan saja di dalam bilik akie..

Akie memandang tajam farhan..

"Apa sebenarnya yang kau cuba rancang?"akie merasa geram pada farhan..

"Akie..dengar dulu cakap han.."farhan cuba menjelaskan pada akie..

"Dengar apa? Kau cuba mengambil kesempatan dengan aku kan..kau sengaja hilang ingatan supaya kau tinggalkan isteri kau sendiri kan...kau ambil kesempatan di atas rupa kau sama dengan farhan aku...kau memang melampau..!!!"

Akie menjerit pada farhan...farhan terus memeluk akie...akie hanya mampu meronta ronta minta di lepaskan...

Farhan tidak mempedulikan kata2 akie..farhan memeluk erat akie...

Bersambung

Thursday, 1 January 2015

Novel bersiri

Episod 11
gadis penjual

"Akie tunggu dulu..."johan cuba mengejar

Akie tak mempedulikan johan.akie meneruskan saja berlari tapi johan dapat menangkapnya

"Akie..dengar dulu cakap abg..!"johan memberi penjelasan

"Apa lagi..jangan jumpa akie lagi...abg tunang orang..abg tak pernah beritahu akie..."jelas akie sambil berlalu..

Johan terkejut apabila akie tahu tentang pertunangannya..

"Akie...abg..."johan tergagap
"Akie...abg minta maaf tak beritahu akie"johan bercakap sendirian..

Akie menuju ke tempat dia selalu melepaskan sedihnya..kali ini akie berlari sehingga di tepi laut..sehingga air laut mengena kakinya..

"HAhhhh.....!!akie menjerit.

"Lepas geram depan laut...akie selalu macam tu kan ."

Kedengaran suara azam dari belakang...azam di berada di belakang akie..

"Azam...akie minta maaf tentang abg johan"akie memulakan kata.

"Its ok akie...sakit jugak lah...biarpun badan abg ni sasa"azam menjawab sambil tersenyum...

Akie tersenyum mendengar kata2 azam sambil mengesat airmatanya...azam mengengam tangan akie..akie hanya melihat tindakan azam..

"Akie..jom ikut abg.."sekali lagi azam bersuara

"Ke mana abg azam?"akie bertanya

"Ikut jak lah...jom"sambil menarik tangan akie..

Akie hanya menurut...

"Fun fair?"akie bertanya

"Ya..jom"azam turun dari kereta dan membuka pintu untuk akie..

Akie hanya berdiam diri..ingatannya hanya teringat pada kejadian tadi semasa farhan memeluknya..

"Kenapa aku terasa seperti itu bila farhan memelukku...?"bercakap dalam hati

"Akie..kita naik ny..."azam bersuara..

Akie hanya mengangguk..

"Akie...kalau akie ada masalah bagitahu abg.."azam sekali lagi bersuara..

"Takda apa bang...akie ok..."balas akie..

"Eh..kita naik ni kah abg?"sambil memeluk tangan azam..

Akie sebenarnya tak suka pergi tempat2 sepertu itu..tapi oleh kerana terlalu banyak fikir sehingga akie sendiri tak sedar azam bawa dia ke tempat macam tu..

"Abg...akie takut lah...akie gayat tau tak..."akie meronta2..

"Akie..ok jangan takut lah akie...abg pegang akie...jangan risau ya"azam cuba menenangkan akie

"Abg tahu kan akie tak suka naik benda2 bahaya semua ni...akie takut..."akie cemas...

Azam cuba menenangkan akie...azam tahu akie memang tak suka naik benda2 yang menakutkan...akie sebenarnya gayat..dia tidak berani naik benda2 seperti itu..

Azam sekali sekala tersenyum melihat gelagat akie...sehinggalah masa sudah tamat...akie yang tergesa2 hendak turun..apabila turun saja akie terus berlari keluar...

"Hantar akie balik ambil kereta akie"akie merajuk..gara2 naik Roller coaster tu tnpa menyedarinya..

"Ok2...sabar akie...jangan lah terus marah"azam memujuk akie

Kaki akie masih masih merasa bergegar..akie kelihatan seperti ketakutan dan terlalu banyak masalah..

"Akie..abg..."

Sampai sahaja akie terus turun dari kereta tanpa mempedulikan azam..akie menaiki keretanya..sampai saja di rumah ayah akie masih belum tidur dan masih menonton televisyen...

Akie masuk bilik perlahan lahan..bila akie merebahkan diri di kantilnya akie terasa berbaring sesuatu...bila akie merabanya beberapa keping gambar..

Akie terperanjat melihat gambar itu..

"Mcm mana?"

Bersambung

Monday, 29 December 2014

Novel bersiri

Episod 10
Gadis penjual

"Abg johan sudah bertunang?"akie bercakap sendiri..

"Tapi kenapa aku tak pernah tahu..?knpa abg johan tak pernah beritahu aku..hah mungkin sebab itulah abg johan selalu menjauhkan diri kalau telefonnya berdering..."kata akie lagi....

Kemudian telefon pun berbunyi...akie melihat telefonnya...

"Abg johan"
Akie menjadi binggung...akie tidak mengangkatnya..akie membiarkan telefonnya berbunyi...

Akie bersiap untuk keluar...siap saja akie terus menuju ke dapurnya...di lihatnya ibunya sedang memasak..

"Ibu..tak payahlah masak...nanti kita makan di luar ya..akie belanja.."akie menyapa ibunya..

"Tak pa lah akie...bukan akie tak tahu perangai ayah akie tu..tak suka makan luar...hah akie cantik2 ni nak pergi mana?"ibu akie bertanya..

"Akie pergi lawat farhan ibu"akie menjawab tapi wajahnya berubah menjadi sedih

"Farhan?"ibunya bertanya untuk kepastian.

"Em..manager akie yang baru ibu...kan baru2 ni akie terlanggar orang...akie terlanggar staf akie sendiri.."akie cuba menerangkan perkara sebenar..

"Apa akie langgar orang?"suara ayah akie dari belakang...akie dan ibunya berpaling melihat ayahnya..

Akie dan ibunya saling berpandangan

"Akie..."akie tergagap menjawab..

"Apa akie buat ni..mana orang tu..macam mana keadaannya?"tegas ayah akie..

" abg johan dah aturkan semuanya ayah...akie cuai ayah...sekarang akie nak lawat dia lah ni"jawab akie

"Mari kita pergi sama2"smbung ayah akie

Akie terkejut dengan tindakan ayahnya..

"Ayah...besok saja lah ayah dan ibu ikut akie..hari n akie nak jumpa client. ."akie cuba untuk memberi alasan..

"Tak pa..kita bawa 2 kereta..lepas lawat orang tu akie pergilah..ibu dan ayah balik lah sini.."ayah akie berkeras.

"Ar.."akie binggung untuk menjawab

"Akie..akie dah langgar org tw...itu pun akie tak bgtw ayah..akie selalu macam tu...ayah tak kisah...ayah tetap nak jenguk orang tu"tegas ayah akie

Akie menjadi binggung...akie takut ayah dan ibu nya akan nampak farhan..
Telefon akie berbunyi...johan telefon tapi akie matikan panggilan johan..

"Ayah...ayah kan baru sampai..ayah rehatlah..ibu pun masak dah tu..ayah rehat dulu..akie pergi tengok dulu kalau dia masih di hospital..kalau masih petang nanti kita sama2 jalan ya..boleh ayah?"akie cuba untuk memujuk ayahnya..

"Ok kalau macam tu baiklah...akie hati2 bawa kereta.."ayahnya berpesan...

Lega rasa akie...akie meneruskan perjalanannya untuk jumpa farhan..sekali johan telefon akie...tapi akie tidak mempedulikannya..

Sampai saja di hospital akie merasa berdebar..

"Kenapa aku rasa lain macam ni.."akie merasa tak sedap hati...

Namun akie tak mempedulikannya..akie lihat farhan sudah sedarkan diri..

"Kamu..!"
Farhan menunding jari pada akie

Akie terkejut..semua ahli keluarga farhan melihat akie...termasuk isteri farhan...semua kelihatan seperti terkejut heran..

Farhan berdiri dan memeluk akie..akie terkejut akan perbuatan farhan...akie betul2 terkejut dengan tindakan farhan..

"Aku tak ingat nama kamu..tapi aku tahu kamu isteri aku bukan dia..aku tak kenal dia pun...syg jangan marah abg lagi.."farhan bersuara sambil memegang muka akie..kemudian memeluk semula akie..

Akie hanya terdiam...semua keluarga akie terdiam..isteri farhan hanya menangis..

"Syg..bawa abg pergi dari sini..abg tak kenal mereka..syg percaya abg kan.."farhan memeluk akie erat..

"Abg...dia bukan isteri abg..za isteri abg...kenapa abg tak ingat..!!"sambil menarik tangan farhan..

"tidak...aku kenal kau...dia isteri aku..lepaskan aku.!!" Jawab farhan sambil menarik tangannya..

Akie cuba melepaskan diri dari pelukan farhan..akie merasa binggung..wad 1st class tu kecoh..

Kemudian johan muncul...johan terkejut..apabila ternampak akie meronta ronta dalam pelukkan farhan johan membantu untuk melepaskan akie..

"Farhan...tolong lepaskan aku..aku bukan isteri kau.."akie cuba menjelaskan pada farhan

"Syg...ini abg...syg sudah lupa?"jawab farhan sambil memeluk akie...sedikit pun farhan tak berganjak dari memeluk akie..

"Abg...dia langgar abg..dia bukan isteri abg!"fiza isteri farhan menegaskan hal sebenar

Apabila farhan terdengar kata2 fiza pelukan erat farhan dileraikannya..akie pula sebaliknya..seolah olah dia merasakan itu adalah pelukkan farhan saat2 terakhir mereka bersama...

"Semua tolong keluar dari sini...SEKARANG..!!!"farhan bersuara..

Semua terkejut..akie cuba untuk mendekati farhan tapi johan menahannya...airmata akie sudah pun mengalir..akie memandang johan..akie dan johan turut berlalu..tinggallah farhan sendirian

Semasa akie dan johan keluar fiza isteri farhan meluru ke arah akie..

"Hei perempuan...disebabkan kau suami aku hilang ingatan..tapi yang palingu aku tak sangka bila suami aku anggap kau isterinya perempuan yang langgar dia.."amuk fiza pada akie sambil cuba untuk mengelut akie..

Tapi johan menahannya bersama keluarga fiza dan farhan..akie berlari keluar dari hospital...

Bersambung

Saturday, 27 December 2014

Novel bersiri

episod 9
gadis penjual

"Ibu ayah kenapa tak bagtahu datang...akie bole ambol di airport.."akie cuba memulakan cerita..

"Ayah akie...ayah yang kelam kabut nak datang..sampai tak sempat nak bgtahu kami datang sini.."jelas ibu akie

Akie hanya tersenyum...akie agak takut bila berdepan dengan ayahnya...

"Hah..johan pun ada...?"ayah akie tiba2 bersuara

Johan senyum...dan terus bersalaman dengan ayah dan ibu akie...

"Uncle auntie apa khabar?"johan cuba membuka bicara

"Baik johan...tak kerja ke hari ini?"ayah johan menjawab..

"Em tak uncle..hari ni sya off..temankan akie.."balas johan

"Ow..tak pe lah johan...johan pergilah kerja...tak baik tau abaikan kerja..kerja itu pun penting.."sambung ayah akie

"Aah johan..tak pe..auntie dengan uncle dah ada di sini boleh dah tengok2kan akie ni.."sambung ibu akie pulak...

"Ok uncle auntie...kalau macam tu saya balik dulu ya..kalau ada apa2 bagitahu johan ya..ok lah assalammualaikum"johan berlalu..

Akie hanya duduk terdiam...dia pasti mesti ada sesuatu yang menyebabkan ibu dan ayahnya datang mengejut..semakin pantas degupan jantung akie..akie memang takut kepada ayahnya...kerana terbiasa sejak dulu lagi ayahnya cukup tegas dalam segala hal..

Tidak pernah terkecuali semua adik beradiknya pernah merasai tamparan maut ayahnya..dan semua mereka amat menghormatinya..tiada siapa yang ingkar bila ayah akie memberi arahan...termasuklah kesemua pekerjanya..

Kecuali akie yang sedikit degil keras kepala selalu buat ayahnya rasa marah..akie yang masih memakai baju tidur terdiam..dia menanti ayahnya untuk bersuara..

"Akie"ayah akie memulakan suara

"Ya ayah..akie tahu akie degil keras kepala ikut kepala sendiri saja tapi akie sudah besar ayah..ya akie salah akie nak minta ampun dengan ayah..akie sanggup sujud depan ayah.."akie bersuara sambil menuju ke tempat ayahnya duduk sambil mencium tangan ayahnya..

"Ayah baru sebut 1 perkataan bukan main panjang lebar akie bercakap..."sahut ayahnya

"A..aa..akie..."akie tergagap2 menjawab..

Akie melihat ibunya seperti ada sesuatu...raut wajahnya kelihatan sedih...akie merasa heran...selang seli akie melihat wajah ibu dan ayahnya..

"Akie.."tiba2 ibu akie bersuara..sambil suaranya tersekat sekat dan matanya mula berkaca

Akie segera bergerak menuju ke tempat ibunya.

"Ya ibu...kenapa ibu nangis ni?"akie kehairanan

"Tadi..."belum sempat ibu akie meneruskan ceritanya ayah akie bergerak ke bilik...

"Kenapa ayah tu ibu?"akie bertanya pada ibunya..

"Takder pa lah...ibu nak buat kopi dulu untuk ayah.."balas ibu akie

Akie hanya mengangguk..akie pun bergerak ke biliknya..akie merasa heran dengan tingkah laku ayahnya..akie kemudiannya bergerak mandi..

"Abg..kita mahu buat macam mana ni..tengok awal lagi joham sudah ke rumah akie..limah rasakan bang johan masih sayang akie.."ibu akie cuba memulakan bicara dengan suaminya..

"Masalahnya anak awak tu..akie tu bukannya cintakan johan lagi..kita tak boleh paksa akie..lagipun johan sudah bertunang...kakak awak tu mula sudah bising sebab johan macam dah tak nak balik rumah..tunangnya sendiri pun dia tak pedulikan..."balas ayah akie

"Hah...!!!!abg johan dah bertunang?????"
akie terdengar perbualan ibu dan ayahnya..

Bersambung